Wednesday, August 19, 2009

Luahan pendapat... Politik??


Skali lagi negara hangat memperkatakan tentang Tok Guru Nik Aziz mengenai kenyataan beliau terhadap ahli UMNO, adalah tidak betul dan tidak mungkin jika tok guru membuat kenyataan seperti itu sedangkan beliau seorg yg arif tentang hukum menjatuhkan hukum. Mungkin juga berlaku salah faham terhadap ayat yang digunakan mungkin kerana kiasannya yang dalam atau susunan ayat slanga Kelantan yang kadang2 susah difahami oleh org luar, dan ada juga yang mengatakan bahawa akhbar terbabit telah memutarbelitkan kenyataan tok guru. Jika salah satu atau ketiga-tiga tekaan diatas adalah benar maka pihak akhbar terbabit harus dan sepatutnya meminta maaf kepada tok guru kerana ini boleh menjatuhkan maruah dan martabat beliau sebagai seorg yang berilmu dalam agama.

Aku yang sememangnya tak suka kalau hal agama cuba di politikkan walaupun dalam agama itu sendiri ada politik. Bagi aku hal ehwal agama telah ditetapkan dan termaktub dalam Al-Quran, Hadith dan Sunnah, manakala politik adalah satu perkara yg berubah2 dan mengikut peredaran masa. Berpolitik untuk menegakkan agama adalah dialu2kan tapi jangan dipergunakan agama untuk kepentingan politik.

Aku cukup tidak suka dan sakit hati, lebih2 lagi kalau agama dipolitikkan untuk kepentingan diri atau parti... jangan gunakan agama untuk menegakkan benang yang basah... kalau rakan2 politik buat salah haruslah ditegur dan bukannya di pertahankan perbuatannya... jangan hanya tahu melihat salah pihak lawan... kadang2 perlu juga mengaku bahawa rakan seperjuangan atau diri sendiri membuat salah... manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan... perbetulkanlah... kepada BN & PKR.

Bagi pendapat aku adalah sangat mencabar bila tokoh agama cuba melibatkan diri dalam politik, kenape? wow bnyk sebab.... teringat kata2 pensyarah di universiti dulu:-
"Politics is full of shit... ibarat lubang najis"....
so ada pulak seorang kawan yang cakap, "sebab itulah seorg yg pandai(tokoh agama) perlu turun untuk membersihkan tempat tu...." 
then the lecturer said "Walau sepandai mana org itu, semestinya najis akan terpalit pada badan atau paling tidak bau busuk najis tetap akan melekat di badan"....

faham tak maksud kata2 ni? kalo ada yg tak paham sila tanya...

Amatlah dihormati kalo seorg tokoh politik memberi ceramah semasa berkempen hanya membentangkan manifesto dan perancangan serta menjelaskn apa yang di perjuangkan oleh mereka tanpa ada kutuk-mengutuk pihak lawan, mengaibkan pihak lawan serta mencari kesalahan pihak lawan.... Kalau boleh, org yg hanya tahu bercakap pasal keburukan pihak lawan ini dilupakan terus undi mereka.... Wahai bakal2 wakil rakyat dan wakil2 rakyat sekalian.... berhujahlah tentang diri anda, perjuangan anda dan perancangan yang anda akan lakukan selepas menang pilihanraya... tidak perlu bercakap pasal org lain sebab anda pun bukan nya kenal sangat org lain tu...

Sunday, August 16, 2009

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri, Sarawak.

Tetiba colleague aku pass memo kat aku... waaa nama aku aku sangkut kene pegi team building la pulak, adoi sure letih n boring, pada pikiran aku memulanya...so aku plan nak bwk camera n bleh la jugak aku snap2 gambar lam hutan, bukan selalu dpt masuk hutan...hehehe
  
(Click to enlarge the image)
Aktiviti hari pertama abis kul 3.30ptg so ada la jugak masa lebih skit b4 makan malam kul 6.30... jadi kitorg plan pg waterfall yeaa... at 1st aku tak plan nak mandi, just nak amik gambar so aku bawak la beg camera dengan tripod jer.... tp bila dah tgk diorg yg lain mandi rasa rugi la plak kalo tak join heheh... apa lagi... terjun jer la.... **(Gambar atas tu aku amik pakai tripod dengan shutter speed 8sec., takde edit just crop and resize jer)

Thursday, August 6, 2009

2 MAMAT, 2 KAWASAN, 1BADAN & 1 KEPALA

Skang ni hangat plak cerita 2 org mamat yang cuba memperlekehkan agama rasmi negara... sorang ni dikatakan telah mngeluarkan kenyataan mengatakan syariah Islam sebagai ekstremisme dan yang sorang lagi plak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang pihak berkuasa tempatan untuk merampas minuman keras dan menyatakan bahawa bir adalah bukan minuman keras....

aku pun tak tau apa nak jadi.... dengar kata wakil sebuah parti dah hantar memorandum kat mamat2 ni, tp taktau la sejauh mana wakil2 ni nak bertindak... Perkhabaran dari DSAI takde plak aku dgr, NO KOMEN jer la kot dia ni...

Entahlah kadang² api perjuangan mengecil bila melibatkan org terdekat... walaupun isu adalah serius dan baru, isu baru jgn dibiarkan nanti menjadi kebiasaan... Ingatlah perjuangan utama utk menegakkan apa...

Saturday, August 1, 2009

GMI & PERHIMPUNAN HARAM JADAH!!! TINDAKAN BODOH!!!

BODOH.... itulah yang aku boleh cakap.... celaka aku ucapkan kepada penganjur perhimpunan tu... kenapa perlu gunakn perhimpunan jalanan sebagai jalan perundingan??? Apakah diorang ni tak reti bahasa atau bodoh terlampau?? PM dah tegaskan yang kerajaan sekarang dalam proses mengkaji semula ISA... tak reti ke korang nak sabar? tunggu... Jangan diikut sangat perangai anwar ibrahim yang suka main kat tengah jalan ni..... tak habis2 dari dulu sampai sekarang asyik nak buat hal kat tengah jalan jer... sblm masuk ISA tahun 1998 dulu pun dia duk buat kacau kat tengah jalan jugak.... bila dia dah bebas dari ISA makin menjadi2 plak perangai main kat tengah jalan ni...  Aku harap pihak berkuasa akan lebih tegas dlm menanggani manusia2 yang suka duk buat kacau kat tengah jalan ni.... diorang dah naik lemak... skit2 jer nak buat kecoh kat tengah jalan... BODOH orang lain yang nak cari makan kat jalan2 tu pun tak bleh...tpaksa tutup kedai takut berlaku kekecohan... mlm ni yang pasti seluruh dunia akan tengok berita yang negara kita ada buat perhimpunan haram... satu imej yang buruk pada mata dunia,,, kerajaan punya la susah payah duk usaha supaya negara kita ni di pandang sebagai sebuah negara yang aman damai... tapi si malaun2 yang konon nya nak bela nasib rakyat ni la yang duk buat taik dan membusukkan nama negara..CELAKA...


Kalau kita fikir secara mendalam, berapa ramai anggota parti pembangkang yang ditahan di bawah ISA. Adakah tahanan ISA diseksa atau didera fizikal? Jangan kita fikir, ISA itu semuanya buruk. Sebenarnya dengan adanya ISA, negara kita dapat dijaga keselamatannya daripada pencerobohan, pengacau, pengkhianat dan penjenayah. Kalau dah takut sangat dengan ISA jangan la duk buat hal yang menyalahi undang2...  kalo ko ikut undang2 aku gerenti ko takkan masuk ISA punya... 

Penganjur2 perhimpunan haram tu semesti nya bangga kerana dapat mempengaruhi org ramai untuk join diorang tadi... bangga la korang sebab dapat merosakkan nama baik negara.... Celaka lah korang... sial... ya betul aku sumpah korang... bila kena tahan masuk lokap korang cakap kerajaan & polis zalim... tapi korang sedar tak?? penganjur perhimpunan haram jadah ni la yang sebnarnya zalim menyebabkan korang kena tahan dan menutup periuk nasi org yang duk cari makan kat jalan2 yg tempat korang berhimpun tu.... 

Kalo beginilah cara pihak pembangkang nak menanggani masalah dan melakukan perubahan, mmg tak layak lah korang nak pimpin negara...  Udah2 lah dengan politik korang tu... cuba la bg kerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan negara pulak bukannya meruntuhkan negara...

Kementerian Dalam Negeri dan polis kena tegas. Pedulikan kritikan dan cercaan pihak tertentu asalkan pihak berkuasa dapat mengutamakan ketenteraman awam. Utamakan rakyat majoriti. Perhimpunan haram ni sbnrnya strategi pihak pembangkang yang cuba mengalih perhatian rakyat daripada kemelut yang sedang mereka hadapi.

Photo di cilok dari MalaysiaKini

MiriBloggers #Soft Opening – Sushi King

Last month aku dapat msg dari pihak marketing Sushi King nak invite bloggers dari MiriBloggers untuk soft-opening outlet baru diorg kat Miri ni... Ini sudah bagus, sebab ini dah kira pengiktirafan buat MiriBloggers yg aku usahakn selama ni... Diorg mintak aku pilih 2 org members termasuk aku mewakili MiriBloggers untuk jadi guest as bloggers.
2 org member yang dipilih adalah Mr. BangSaTTkardioVaskular @ http://psycosidealogika.blogspot.com/ and Mr. Faizal Huio @ http://www.faizalhuio.com... aku yg sepatutnya pegi tp hampeh btul coz last minit aku tak dpt nak pegi, atas sebab2 urusan kerja yg tak dapek nak d elakkan... so tempat aku diwakilkan pada sorg lagi member MiriBloggers, Ras Mhd @ http://picuclix.com.

So melepas lah aku 2 perkara.... 1#. Makan free kat Sushi King yg dibelanja oleh Sushi King sendiri... 2#. Terlepas aktiviti pertama MiriBloggers...

Kalo korang nak baca review pasal event n Sushi King bleh la pegi lepak kat blog members yang pegi event tu, click jer link nama diorg tu... k.

Click image to enlarge.
#Photo oleh Ras Mhd & Fakhrain

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails