Monday, May 21, 2012

*NEW* Blackberry 10 - Leaked

**Artikel ini telah di ambil dari http://amanz.my untuk di kongsi bersama pembaca.... klik lah link di atas untuk mendapatkan lebih bnyk info terkini dunia IT & computer....

**************************************************************

BlackBerry 10 merupakan platform operasi daripada Research In Motion yang bakal digunakan pada peranti generasi baru keluaran mereka. Lanjutan daripada beberapa fungsi yang dipertontonkan sebelum ini, kini skrin utama dan skrin aplikasi untuk platform tersebut diperlihatkan dengan lebih dekat oleh pihak CNet.



 Berbeza dengan skrin utama yang terdapat pada beberapa platform lain, melalui BlackBerry 10, skrin utamanya memperlihatkan aplikasi yang sedang berjalan berdasarkan kepada aktiviti anda. Perkara ini sekaligus memudahkan anda untuk mengakses aplikasi kegemaran dengan lebih pantas tanpa perlu melalui pelbagai fasa seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, skrin untuk aplikasi turut sama diperlihatkan, yang mana tiada bezanya berbanding dengan apa yang terdapat pada pelbagai platform, mahupun pada BlackBerry 7. Cumanya, ia turut sama membawakan butang akses pantas kepada kamera dan juga butang carian pada bahagian bawah.





 Untuk mengendalikan dari skrin ke aplikasi dan sebagainya, sokongan gesture dijangka akan digunakan, yang mana masih tidak diperlihatkan sepenuhnya buat masa ini.

Monday, May 14, 2012

Sir Alex Ferguson congratulated Manchester City...

Sir Alex Ferguson congratulated Manchester City after they pipped Manchester United to the Barclays Premier League title on a dramatic final day of the season.



"We congratulate Manchester City. Anyone who wins the league deserves to win it because it's a very, very difficult league to win. We know that because, as we've experienced today, we've lost on goal difference. They (City) can go on as much as they like. That's what you would expect, but the history of our club stands us aside. We don't need to worry about that. I think we have a rich history, better than anyone, and it will take them a century to get to our level of history". 


~Sir Alex Ferguson~

Friday, May 11, 2012

Kes Dera Kanak2..Pengakuan Perakam Video


KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.





Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.


“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.-SUMBER-

Trofi Baru Piala FA


Thursday, May 10, 2012

PowerBank, gadget yang sgt penting. .



PowerBank yg aku beli kat KL last month masa PC Fair kat KL convention centre dh jadi antara benda paling penting utk d bawa kemana saja selain dr BB n Galaxy. . . Masa aku beli benda alah ni kira murah la utk 4800mAh yang berjenama Yoobao. . Sgt berguna bila bateri kong. . . Yang best nya sb powerbank ni boleh digunakan utk kebanyakan gadget2 aku kat umah. . . Termasuk lah iPhone, iPod & PSP. .

Sgt sesuai utk org yg mementingkn gadget sentiasa ON mcm aku. . . . Kat mana2 dan bila2 masa saja kita boleh charge gadget, sbnrnya ini bukanlah teknology baru pun, powerbank dah ada dalam pasaran dah lama dulu lagi. Cuma aku jer yg baru beli hehehee..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tutti Frutti @Miri


Last saturday masa on the way nak pergi workshop utk Sony Alpha Flash Fundemental di Imperial Palace Hotel, tiba-tiba aku ternampak org tengah pasang signboard kat sebelah Ambank somewhere dekat area Mega Hotel, that time aku driving so aku just nampak sekali imbas la.... nampak mcm diorg tgh pasang signboard Tutti Frutti.... "yehaaa Miri dah ada Tutti Frutti" aku menjerit dalam hati la....

Lepas habis workshop aku balik rumah & bagi tau my wife yang Tutti Frutti nak setup dekat sebelah Ambank... kebetulan kitorg g kluar makan time tu so masa on the way nak balik dia suruh aku ikut jalan tu sb nak double check.... hahahahhahaha... blum apa2 dah gelak....

Bila kitorang lalu jer depan area tu ternampak la sebuah signboard yang baru dipasang dengan lampu signboard nya pun terpasang skali..... Secara tiba2 perasaan hampa mengetuk kepala aku... alamakkk bukan Tutti Frutti tapi  Feruni Ceramiche.... hahahahha hampehhhhh.... sb logo Feruni pun warna putih & masa aku mula-mula nampak tu diorang baru tengah nak pasang huruf "F" so aku terus fikir Tutti Frutti hahahahahha.... so tipah tertipu lagi.... hmmmm....  Punya la jauh bezanya tp mcmana la mata ku ni bleh tipu aku gak.... hahhahaha...



Wednesday, May 9, 2012

An Instagram Socialmatic Camera In Real Life

Republish article from ADR-Studio

Try to think to pick the Instagram App icon and try to make a real camera…

 This is the main idea at the base of Instagram Socialmatic Project. Since Facebook has bought Instagram for nearly a billion dollars in cash and stock, many users, bloggers, economy experts have thought Instagram could build its first real photo camera.

 So, that’s is! Socialmatic is the first Instagram photo camera, with a lot of amazing features:

 - 16 GB mass storage;
- Wifi and Bluetooth;
- 4:3 touchscreen;
- 2 main lens, first for main capture, second for 3D filters, webcam applications and QR Code capturing;
- Optical zoom;
- Led Flash;
- Internal printer to make your Instagram photos real;
- Paper cartridge with Instagram Paper Sheets;
- Dedicated 4 colors ink tanks;
- InstaOs 1.0, which put together Facebook and Instagram App feature;

 Take your shoot with Instagram Socialmatic, make your photo cool as you want and share it directly on Facebook trough the powerful InstaOs.

If you want, you can print it directly on Instagram Paper Sheets, thanks to the internal printer. Every Instagram printed photo reports on front side your Instagram nickname and a QR code, to be followed by another Instagrammer, simply pointing his/her Socialmatic on your printed QR Code.

This because Instagram Paper Sheets has a retro side with a glue strip, just like a post-it. You can share in the real world your photo, printing your emotions and sensations.

 And if you want, on the bottom of front side of your printed photo, you’ve a dedicated space to write something, just like to comment a photo on Facebook, but in the real world…Do you remember the old Polaroid photos?







 Instagram Socialmatic is only a concept… But, maybe, it could became real…

Wednesday, May 2, 2012

Gambar Skandal Azmin Ali la pulak..... apa cerite?

Cerita baru la pulak dah.... hari ni tgh baca2 berita kat harian online tetiba plak terbaca cerita hangat terbaru pasal si polan bernama Azmin Ali timbalan presiden PKR.... merupakan teman akrab Anwar Ibrahim. Wahh dia pun nak jugak ada cerita2 hot rupa nya... cerita terbaru yang telah di paparkan oleh papagomo dan blog scandalazminali yang terkandung gambar2 dari tempat kejadian. Dalam Bharian.com hari ni tajuk "Gambar aksi ghairah tersebar" telah menarik ramai pembaca utk mengetahui perkara sebenar.... tapi sejauh mana kebenaran gambar yang dipaparkan itu masih blum dapat dikenal pasti kerana masih baru dan belum ada sebarang siasatan terhadap gambar tersebut.


Diharap Azmin Ali dapatlah memberi penerangan terhadap cerita yang disebarkan... kat bawah ni saya link salah satu gambar yang dipaparkan... gambar ni menarik minat saya sb lantai rumah dia cantik putih bersih...

Siapa perempuan terbabit? Status belum diketahui......


Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails