Thursday, August 20, 2015

Roda kehidupan..

Banyak perkara terjadi dalam beberapa bulan ni.. dan perkara paling teruk dalam kerjaya aku juga, yep kerjaya aku sebagai seorg IT Guy.. Bila terjadi sesuatu itu baru kita tahu yang kita hanya merancang.

Setiap kejadian kita hanya perlu ambil pengajaran dan teruskn kehidupan.

Setiap yang dalam genggaman belum tentu selamanya kita genggam.

Dimasa kita susah baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Orang yang kita selalu tolong boleh berubah menjadi org yang menjatuhkan kita, itu lumrah manusia yang kita xtau isi dalaman dia.

Yang penting sekarang kita rancang perjalanan baru dan letak hala tujuan yang baru supaya kita tidak sesat jauh, walaupun tidak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan lancar tapi ia perlu utk menjadi panduan arah kita.

Orang mungkin lihat aku cool je tapi dalam otak ni hanya aku yang tau. Difikirkan sangat pun xguna, buat sesak dada je.

Maybe sudah sampai masa untuk cuba sesuatu yang baru. Mula dari bawah berbekalkan pengalaman dari atas.

Monday, March 30, 2015

Betul dan Salah?


Mencari kesalahan orang memang senang tapi ianya akan lebih bermakna jika kesalahan yang dijumpa tu boleh kita sama-sama selesaikan.

Dalam dunia ni memang ramai yang suka cari kesalahan orang tapi berapa ramaikah yang suka menyelesaikannya?

Carilah kesalahan untuk dibetulkan tapi bukannya cari untuk menjatuhkan.

Semua orang boleh jadi orang yang pandai mencari kesalahan tapi tak semua yang pandai menyelesaikan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik kita perlu tahu mendorong dan membetulkan kesalahan orang dibawah kita dan bukan hanya sekadar mencari kesalahan orang tanpa sebarang niat untuk memperbaiki.

Friday, March 27, 2015

Menyusahkan..

Orang yang bodoh mmg suka membesar-besarkan benda remeh tapi perkara yang lebih penting dia pejam mata.. haishhh

Thursday, March 19, 2015

Saja nak melepas geram..

Hari ni pening kepala dgn kerenah org yg duk atas... sometime dia fikir kerja yg di buat tu remeh dan simple, bila dia tgk sendiri baru dia tau benda yg nampak simple xsemestinya remeh... bila ckp mmg mudah dan simple tp bila di buat tak semestinya mudah..

On paper sedap je mulut ckp ni tak betul tu tak betul tapi bila kita tanya mcmana yang betul dia sendiri pun susah nak jawab. Pastu mula la ayat cover ckp "you fikir la sndri you kan dah biasa buat benda ni" dah tu mcmana aku nak betulkan benda yang ko ckp salah tu?

Bila dia turun on the ground baru nak terkejut tgk keadaan sebenar. Baru dia tau ada benda-benda lain yang berbangkit tapi dia nak cover diri dia boleh plak cakap yg kita asyik tukar cerita, hari ni lain esok lain... ni bukan masalah tukar cerita tp ni masalah kau tak tau cerita sepenuhnya... hari ni kau dgr problem A yang aku bgtau tapi esok bila ko check balik ada problem lain lagi yg ada.. tu bukan tukar cerita tapi ko xmau ambil tau cerita sepenuhnya.. Lain kali dengar dulu cerita sepenuhnya bila org nak explain... ni tak, bila kita explain xmau dgr... pastu duk cakap tiap kali check ada2 je problem lain... haiyoooo... pening kepala la jadi kuli ni...

Tuesday, April 29, 2014

Tiba-tiba dan sesuatu. ..

Just sit n relax. Yup... that's exactly what I'm gonna do... try to enjoy it...

Thursday, April 24, 2014

Addicted to Clash of Clan

Yup, I'm addicted to Clash Of Clan right now... it's the best online mobile game that I've ever try.
Boleh d katakn setiap masa je aku akan check clan aku utk collect resources.. it's a must try game if you're into online mobile game. 

Dgn feature terbaru yg membolehkn setiap clan utk berperang antara clan menjadikan game ni lebih menarik n best serta layan abisss. .

Ini gamba clan aku sekarang... bnyk lagi nak kena upgrade.. huhuhu

Jom sesapa yg blum install bleh la search for "Clash of Clan" dalam Google play...
Selamat mencuba!!

Tuesday, April 22, 2014

You are fired!! Moyes out!!

Yup Moyes, anda dipecat!!... ramai fans yg gumbira dgn berita ni..termasuk lah aku.. hahaha... 

Now Ryan Giggs akan meneruskan baki perlawanan sebagai selaku acting manager... teringin gak nak tengok kebolehan player paling veteran dlm MU utk handle team... mcmana la kn... 

Good Luck Giggs.

Glory glory Man United! !

Just an edited photo...

Photo taken while I'm enjoying my pipe...

Monday, April 21, 2014

Terjebak: Tobacco Pipe

Isap paip dah sekarang yeop... dulu duk isap rokok tp sekarang ni duk isap paip ler pulok... Mai nak crita sket macamana bleh terjebak....

Dari seorg perokok tegar Bertukar kepada paip... dulu masa Vaping mula2 popular kat sini aku antara yg terawal menterjebakkan diri kononnya utk mengurangkn tabiat merokok...puiihh hhaahah... Sekadar bertahan utk kurang 5 bulan je la... hahaha bnyk jugak la aku mengabiskn duit utk beli mod dan tank, konon nak cari yg lebih feel... dari mod electronic yg harga 100++ pastu tukar plak plak harga 400++ dengan mcm2 tank yg harga nya pun menjangkau 100++ gak le sebiji... pastu tukar plak mod mechanical yg berbentuk paip plak.. tapi sekarang semua tu just jadi koleksi dalam laci meja aku je hahaha...

Hujung tahun last year aku tetiba mcm berminat nak cuba tobacco pipe sb nampak mcm best je... dh jadi kebiasaan bila aku sukakn something tu aku akan mencari info2 dlm Internet lerr..

Setelah aku faham dan dpt bnyk info pasal tobacco pipe terus rasa terpikat untuk mendapatkn sebatang paip... paip pertama aku di beli dari seorg otai paip yg X asing lagi d kalangan pipe smoker d KL.. Bro Roslan Johari, dia seorg paip smoker dan juga pembuat paip buatan tangan menggunakn pelbagai jenis kayu termasuk kayu Briar yg tidak asing lg untuk pembuatan paip. 


Ni dia paip pertama aku... bentuk paip begini di panggil Poker pipe yg diperbuat dari kayu Meranti. Biasanya kalau org baru start memaip diorg akan beli paip made in China yg harganya dlm lingkungan RM40-100 tp aku mula dengan handmade paip dr bro ni... masa nak beli paip dr bro ni dia bnyk bagi tunjuk ajar cara2 nak guna dan penjagaan paip so makin btambah la pengetahuan aku.. pakej bro ni bagi termasuk Tamper (guna utk memampatkn tobacco dlm bowl pipe...yang silver tu.) , Pipe Cleaner utk penjagaan dan kebersihan seta yg paling penting adalah Tobacco dr brand Mac Baren blend Cube Gold yang mengandungi beberapa campuran tobacco iaitu Black Cavendish, Burley, Cavendish, Kentucky & Virginia.

Maka secara official nya aku terjebak dengan Tobacco pipe tp blum lagi bergelar Pipe Smoker.. Kerana tak semestinya anda ada pipe maka anda seorang pipe smoker... nanti aku cerita lagi...

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails