Wednesday, February 10, 2010

Blog transformasi..


Asyik dengar org jer yg duk terjerit2 nak buat reformasi untuk negara, skrang ni aku plak nak mentransformasikan rupa blog aku... aku ingat nak buat something yang simple maybe 2-column layout, dengan background hitam jugak and header yang lebih besar & kat bawah header aku nak taruk button sebijik dua dan melebarkan lagi column body... supaya senang dan lebih lawa aku nak taruk photo yang besar2... rupa layout tu nanti lebih kurang yg aku lukis kat gambar atas tu la... tp cantik skit la dari tu heheheh lukisan aku mmg fail terus... hauhauhua

Dalam proses nak edit html script skang ni, lama tak main dgn script rasa macam slow skit dah nak edit... so tunggu saja lah yek..


Tuesday, February 9, 2010

Polis cari aku??


Semalam lebih kurang pukul 8.30mlm, telefon aku bergetar(vibrate) tanda ada incoming call.... bila aku jawab panggilan tu tiba² suara serius abg aku kedengaran agak keras di cuping telinga aku.... POLIS MARI CARI MUNG DI RUMOH, BAKPO? MUNG WAK GAPO?? (Polis datang umah cari kau, pasal apa? Apa kau dah buat?)

Tekejut beruk aku di buatnya, soklan cepu emas ke hapa ni? Terpikir plak dalam kpala hotak aku, apa yg aku buat?? ada ke aku buat salah?? or ada saman trafik yg aku tak bayar sampai kluar notis tangkap??
Pastu dia tanya aku lagi, "ko tak baca paper ke?? Polis cari ko sebab buat gambar Anwar Brahim menyodom TG Nik Aziz... HAMPEHHHHH..... rupa nya dia nak buat lawak pasal gambar kontroversi Anwar & Nik Aziz yang di buat oleh blogger Jeffery Damian... Then dia pass lak phone dgn my mum yg tengah ketawa terbahak2 sebab terkena prank dgn abg aku tu... mmg hampeh btul abg aku tu...

Rupa²nya my mum terbaca cerita tu dalam paper & nampak nama Jeffery tu so dia tanya la my bro, yang aku punya blog ni guna nick name apa... takut anak laki dia ni buat blog² kontroversi plak... hahahahah.. Kebetulan plak kemarin aku tak sempat baca paper & tak tengok pun Buletin Utama TV3, so mmg tak tahu menahu la pasal cerita ni... Dont worry mum, anak mama ni still ada filter bila menulis, Insya'Allah.

Tadi sempat gak baca blog² rakan blogger yg lain pasal issue ni, ada yang marah dan ada gak yg ketawa... Aku? ntah la... ketawa pasal wakenabeb dgn abg aku jer la.... Kalau kita lihat dari dulu pun benda2 mcm ni dah lama berlaku dikalangan bloggers, media cetak & elektronik yg selalu gak buat super impose org politik ni dgn mcm² karektor... seingat aku Tun Mahathir pun pernah jadi mangsa, pernah di super inpose dgn badan babi pun penah jugak... dizaman² reformasi oleh DSAI & konco²... PM kita skrang pun penah gak kena superimpose gambarnya dgn Altantuya dan Razak Baginda oleh pihak² pembangkang... tp bila kena atas batang hidung diorg sendiri pandai gak diorg melenting... Hmm biasa la tu, dulu gelak kan org, sekarang org plak gelakkan kita... karma tu.... heheheh.. sabau jer la, buat teladan perkara dulu² tu, jgn diulang kesilapan lampau...

Monday, February 1, 2010

Scha pulak...


Dah dekat sebulan lebih Scha batuk2 sebab asthma, td pegi klinik skali lagi sebab kesian sgt dia duk batuk susah nak tdo... Doc mcm biasa la suruh pakai nebulizer la sekejap... aku ingat kalau lepas ni pun macam makin teruk or tak berubah, then kena la bawak g jumpa specialist lak, maybe diorg ada ubat utk kasi hilang asthma ni... Harap2 mlm ni Scha dpt tdo dgn lena la skit..

Saturday, January 30, 2010

Babe


Babe, originally uploaded by Jeff Syiru.

Miss her so much..

Wednesday, January 27, 2010

After the game...


After the game..., originally uploaded by Jeff Syiru.

Testing Flickr blog.... saja nak tengok mcmana output kalau posting blog straight dari flickr... so ni la hasilnya... hmm nampak gaya btambah senang la aku nak blogging pasal gambar yg aku upload dalam flickr....

OK, gambar atas tu adalah gambar team bola LegaLego yang bleh tahan popular di kalangan peminat bola tempatan Miri, shot ni aku snap lepas diorg abis final utk Piala Merdeka 2009 Miri... LegaLego dapat tempat 1st & team dari Bintulu 1st runner-up...


Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Monday, January 25, 2010

Pen & Dakwat




Dimana ada pen, di situ ada dakwat...
Pen tanpa dakwat ibarat handpon takda battery...
Dakwat tanpa pen pulak ibarat ada blog tp takde idea nak tulis....

Kesimpulannya...
Malam nanti nak kena pegi Popular book store utk beli ink pen aku yg dah abis ni....

Thursday, January 14, 2010

Aku Juga Membantah....


Keindahan senja ciptaan Nya.


Kejadian gereja dibakar baru² ni adalah sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yg berbilang bangsa dan agama, walaupun aku membantah dalam isu asal tetapi aku juga membantah cara atau perlakuan yg tidak menghormati agama lain, dalam Islam sendiri tidak pernah mengajar pengikutnya menghina agama lain.

Pada dasarnya, isu ini tidak sepatutnya timbul kerana ia telah dipersetujui dan ditetapkan serta diamalkan dan dipraktikkan dari dulu lagi... mengapa perlu menimbulkan perkara yg boleh mengeruhkan hubungan sesama rakyat?

Harap² isu ini dapatlah ditamatkan dgn segera tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini...

Wednesday, January 6, 2010

Aku Bantah!

Isu hangat skrng ni pasal penggunaan kalimah Allah yang ingin digunakn oleh pihak bukan Islam di Malaysia... Hairan kenapa benda mcm ni boleh timbul sedangkan ia adalah satu isu yg teramatlah sensitif dan sebelum ni tak pernah terbangkit pun isu ini dari mulut sesiapa secara lantang...


Dato' Harussani pernah keluarkan kenyataan membantah perkara ini, tapi timbul suara2 yg mengatakan ia adalah pendapat berbaur politik pro-kerajaan... Ini bukanlah soal politik seperti yg Nuar Brahim post dalam blog dia konon nya pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini... wahai Nuar, kalau tak jaguh2 ini yang membela siapa lagi?? kamu bukannya mahu mempertahankan pun kalau isu yg boleh merosakkan populariti kamu... kalau isu yg boleh menaikkan populariti barulah kamu bising bagai ayam bertelur riuh sekampung...


Lepas tu pulak Tuan Guru Besar PAS plak keluar kenyataan yg tidak membantah atas isu ini tetapi sekali lagi kenyataan dibuat bagi membetulkan pendirian awal dan menolak usul ini... aku tak hairan pun, sebab mmg selalu sgt MahaGuru PAS ni bertukar2 kenyataan dan pendapat...


Sekarang ni plak Dato' Harun Din juga menambah keyakinan untuk menolak dan membantah usul ini dan menyatakan bahawa adalah kufur bagi sesiapa yang menyokong pengunaan kalimah ini oleh bukan Islam...


Diharap perkara ini tidaklah di panjangkan, dan kekalkan keadaan sebelum ini yang sudah diamalkan dalam keadaan yg aman... jangan kerana perkara ini keamanan negara tergugat...


Kenapa perkara ini bangkit?
Faktor kerajaan kah? atau pembangkang kah? atau bayang2 asing yang sentiasa mencari jalan menjatuhkan dan mengugat keamanan negara?


Siapa yang menyokong? dan siapa yang membantah? siapa yang akan menjaga kepentingan agama dan bangsa kita ini??


-apa kata kerajaan?


-apa kata pembangkang?


-apa kata PM?


-apa kata TPM?


-apa kata Nuar Brahim? (So far dlm blog dia ada kenyataan dari BIPPA PKR dan ISNA, play safe taknak kuarkn kenyataan sendiri ke?)


-apa kata Nik Aziz? (dia sudah kata, dia tolak)


-apa kata Hj Hadi?


-apa kata Lim Kit Siang?


-apa kata Karpal Singh?


-apa kata Tokoh2 agama parti PAS?


-apa kata Pemuda Umno?

Monday, January 4, 2010

Firework...

Ni lah photo bunga api yg aku sempat snap mlm new year lepas... aku ingatkn ada sambutan n bunga api kat CityFan Miri, tp malang nya tak nampak pun.... taktau la ada bunga api or not, sb aku bdiri kat depan jalan umah aku jer.... heehhehehe

Tp nasib baik la ada jiran yang main bunga api kat area umah aku, so dpt lah aku snap bagi melepas kempunan nak amik foto bunga api...



Jadi lah dari takde langsung.... hehhehehe tunggu Chinese New Year sure bnyk org main bunga api yg besau2 nye...