Thursday, December 31, 2009

A minute b4 2010... 11:59PM - 31.12.2009

Waahh dah lama rasanya BlogLepak ni tak berupdate, actually ada bnyk benda yg berlaku dan ingin nak di kongsi dlm blog ni tapi jari2 ni berat sgt nak bershuffle atas keyboard ni.... Sempena nak masuk 2010 ni, aku nak ucapkan Happy New Year 2010 & wish you all a better next coming year... b4 we meet again in 2010, I would like to show some of my photo captured in 2009.





































Bye Bye 2009 & Say Hello to 2010....

Sunday, November 22, 2009

Wednesday, November 18, 2009

Kantoi..

Barang hilang bila ditanya takde yang nak ngaku, tapi bila dah kantoi pandai plak cakap nak pinjam aje, kalau tak kantoi aku rasa memang dah jadi harta sendiri la...



Kalau zaman² study dulu ada kes mcm ni mmg dah konpom biru mata kene cium ngan tapak kaki... susah ada manusia mcmani, lidah bercabang2, bila bcakap suka hati nak klentong, budak tadika pun blum tentu nak percaya.. dah la jenis yg bodoh takbleh nak diajar n kalau pandai pun mmg takleh nak tumpang pun...(kalau tumpang pun takut sesat)...

Friday, November 13, 2009

Anwar Brahim Perosak Agama, Bangsa & Negara



Anwar perosak agama, bangsa dan negara... Kerana pekentingan peribadi gilakan kuasa nak jadi PM dia sanggup buat apa saja... Kerajaan bersusah payah mencari dan menarik minat pelabur untuk membangunkan ekonomi negara tapi si anwar sibuk mencanang kononnya negara dalam keadan yg bermasalah besar, macamana negara nak membangun dalam keadaan ekonomi global yg tak menentu ni??

Kenapa tak dilupakan sekejap cita² basi engkau tu wahai si anwar, buat lah kerja sebagai pembangkang berhemah yg membangkang untuk membangunkan negara, tak perlu lah menagih simpati dan sokongan pihak asing untuk mencapai cita2 engkau tu, bukannya negara dalam huru-hara atau berlaku kacau-bilau sehingga perlu orang luar untuk campur tangan dalam hal negara... Sehinggakan media dari Jerman melabelkan negara kita sebagai negara yang mempunya masalah tidak berkesudahan sama seperti Thailand... Negara kita sebenarnya dalam keadaan yang amat aman jika si anwar ni tak buat kacau....

Aku sangat percaya kalu si celaka ni takda kat muka bumi ni or meringkuk dalam penjara lagi bagus, aman negara... tak payah nak dengar cerita politik sehingga musim pilihanraya depan.... pilihanraya dah lepas bertahun pun dia masih gak nak buat kempen bodo2... kenapa tak gunakan masa utk buat kerja ko untuk berkhidmat pada rakyat yg pilih engkau??? buatlah bangkangan yang bijak dalam parlimen dan beri lah pandangan yang membina kepada kerajaan, bukan dengan cara memprotes saja...

Pasal kes liwat tu takyah la aku nak membebel, ko banyak alasan yg ko nak bagi... Saiful dah bersumpah tp ko blum lagi, skrang ni asyik nak lengah2kan masa perbicaraan pulak... mintak DNA taknak kasi, KENAPA? takut kerana salah ke?? pastu DNA org ko nak mintak...

Saturday, November 7, 2009

Gomo Kelate Gomo!!!!


Gomo Kelate Gomo!!!
Best of luck to Red Warrior!!!
Bring back the proud to our land!!!

Wednesday, November 4, 2009

the song just won't stop...


Joey Ramone & Ronnie Spector - Bye Bye Baby... in this few days I can hear this song in my head... its all because of some conversation with a friend of mine about this song last monday. so here i would like to share with you all and maybe u also had some memory with this song... Enjoy guys...




Thursday, October 22, 2009

1 Bulan 3 Hari

1bulan 3hari... tempoh aku tak berblogging... tak tau la apa sebab aku tak update blog ni, maybe sebab sedikit sibuk dalam tempoh tu... actually bnyk yg aku nak blogkan dalam tempoh sebulan ni... tp macam tak tergerak plak jari aku untuk menaip dalam blog aku...

dalam sebulan ni aku bnyk amik gambar... 1st aku amik gambar rumah terbuka persatuan melayu miri, yg di hadiri TYT Sarawak, tp aku bukan officail photographer la, just tolong cousin wife aku sebab majlis diadakan kat restoran dia, tp aku tak puas hati dgn gambar yg aku amik coz bnyk yg tak cantik dan low quality... maybe sebab aku kelam-kabut sgt masa amik gambar tu... hmmm hampeh..

then aku pegi Kuching on 2nd Oct utk majlis kenduri kawin kawan aku and dia mintak aku jadi photographer wedding dia.. kitorg pegi dengan keta dari Miri ke Kuching, perjalanan amik masa 12 jam, kitorg gerak lepas opis hour konvoi 2 keta, kul 6ptg, sampai Kuching kul 6pagi...Bermulalah perjalanan 3sekawan, Madey, Krol Si Awang Jambul dan aku...dengan lagu tema yg asyik dimainkan iaitu Lucky - Jason Mraz featuring Colbie Caillat...



a lot of things happened to us masa kat sana... sesat jalan tak jumpa rumah pengantin la... hehehe nasib baik ada GPS, kalo tak mmg tak sampai la nampak gaya nya... so sessi photography bersanding berjalan dengan lancar... aku ada upload a few photo dalam flickr, so sesapa yg nak tengok bleh la click link sini.


Kalo ikut plan kitorg, lepas abis kenduri nak terus chow balik Miri sebab esok hari isnin n aku mmg takde apply cuti pun, tp oleh sebab kondisi (macam Indon daaa) badan tak mengizinkn so aku dgn kawan aku buat keputusan nak rest kejap kat umah adik dia, kalo dapat tdo dalam 3 4 jam jadi lah ... ptg tu hujan lebat mmg teramat la lebat, masa drive nak g umah adik dia pun tpaksa bawak dlm 30km/j jer coz lebat sgt sampai tak nampak jalan... sampai umah kul 5ptg...... kul 6ptg aku dah tewas atas tilam tak bercadar kat umah adik dia.... zzZZzzZzzzZ..... skali bila aku tersedar sebab sakit perut nak melepas, tengok jam dah kul 1pagi.... waaaa terlajak siot... kawan aku kat sebelah pun sama gak tak sedar langsung dah... dia pun tkejut tgk jam dah kul 1... hampeh... hujan kat luar still lagi turun tapi biasa2 jer tak la lebat sgt... kitorg siap2 mandi kejap pastu terus jalan kul 2pagi... berenti kat petronas isi minyak n beli bekalan... 2tin Tongkat Ali, 2 tin Red Bull, 1 Mineral and sekotak Marlboro dgn harapan tak ngantuk masa driving... Bila sampai Serian jer perut aku rasa lain macam... 175Km lagi baru sampai Sri Aman.... waaa perut dah memulas2 bulu roma suma dah kembang.... muka pun dah rasa kembang sebab menahan sakit perut, tangan aku dah mengeletar pegang stereng, nak cari stesen minyak mmg takde la selagi tak sampai Sri Aman... dalam keadaan hujan tu aku tak dapat nak speed langsung so tpaksa la bawak keta dalam 80 - 90km/j jer... dah la jalan licin sb hujan, pastu gelap plak tu takde street light tambah plak dengan perut aku yang turun naik rasa memulasnya.... sengsara woo... dalam kul 5.15pagi baru kitorg sampai area Sri Aman... 1st berenti kat RnR, tandas dia plak kunci... hampeh... pecut plak pegi stesen Shell dlm pekan Sri Aman... 2biji Shell aku try suma tutup takleh masuk tandas... Shell yg ke 3 baru la dapat aku melaksanakn hajat... perggghhh rasa cam baru lepas langsai bayar hutang Along jer, lega....

Nasib baik perut aku dah tak meragam lagi dah lepas kuar Sri Aman tu.... Hujan masih gak turun masa kitorg sampai Sarikei... jam dah menunjukkan pukul 7.45pagi... baru aku teringat yang aku sepatut nya keja hari ni....hahahhaha.... sepantas kilat jari aku menaip sms kepada boss mintak emergency leave.... nasib baik la boss sporting agagaggaa.... bila sampai area Bintangor baru lah hujan berhenti...

perjalanan d teruskan sampai Sibu n kitorg berenti untuk bfast kejap... Lepas menikmati western bfast dengan beberapa batang Marlboro, perjalanan perlu d teruskan.... berenti kat Tatau jap kasi buang redbull dalam perut pastu terus pg Bintulu...

Kat Bintulu berenti lunch d cafe Lot 36, bersama awek aku AKA bini aku... kebetulan dia pun outstation kat Bintulu for a week.. abis jer melepaskan rindu aku tengok muka bini aku, terus kitorg continue lagi journey balik ke Miri... On da way Bintulu-Miri ada 3 eksiden... 1st, lori sawit tbalik sampai abis FFB berterabur atas jalan, pastu 2nd ada plak org tua naik motor terbabas kat tepi jalan n pastu last skali ada seekor anak biawak eksiden sehingga mati akibat tak melihat kiri dan kanan semasa melintas.

Sampai Miri kul 5ptg... hrrmmm penat yg amat.. 15jam journey sgt memenatkan but enjoy...

oleh kerana aku skang type blog ni sambil dgr lagu ni so saje la nak share kat sini gak, bnyk memory bila dgr lagu ni...



to be cont....

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri



Waaa meleleh jer dengar lagu ni... teringat kat mama dgn arwah papa.... Selamat Hari raya kepada Mama yg kat KB, maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab tak dapat balik beraya this year, Insya'allah November ni akan balik sana.. 



Kepada semua ahli kelaurga, kawan-kawan, kenalan dan juga bloggers yang menyambut AidilFitri... Selamat Hari Raya AidilFitri dan maaf zahir batin.

Friday, September 18, 2009

Lomography ??


Lomography Style.... I love the style... Walaupun takda Lomo camera tapi nak jugak effect lomo tu... so guna photoshop jer la... try punya try akhernya dapat la jugak hasil yg mcm ni... ala2 Lomography... sesapa yang ada tips tambahan bleh la tolong tunjukkan... sapa2 yang nak blajar bleh la try link ni utk penerangan...

#1. My Babe, My Sis & Me
#2. Iman 
#3. Miri view from 7th floor Mega Hotel.

Monday, September 14, 2009

Thursday, September 10, 2009

Yang mana style korang??

Found this dalam Uncle Hafizoo's blog. So yang mana satu korang punya position?? hauhauhauhau

Click image untuk baca text dengan lebih clear...

Wednesday, September 9, 2009

All 9

 
Cuba korang tgk date & time post ni...
My fav number..

Thursday, September 3, 2009

Dari bawah pokok up sikit ke hotel...

Budak² main masak²..
 
Yang ni pulak main ape?? Main sidang DUN ke?
Tp ok skit la sebab dalam hotel, lebih class jika dibandingkan dengan bawah pokok yg dulu tu...
ok... Caabut!

KD Tunku Abdul Rahman - Scorpène Class Submarine

 
Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah jam 9.20 pagi tadi.
Kapal selam model Scorpène class submarines ni adalah kategori diesel-electric attack submarine. Antara negara² yang akan / menggunakan kapal selam model yg sama adalah Brazil, Chile dan India.
Mampu menyelam sedalam 300meters dan bergerak selaju 20Knot (37km/h), 
India membayar US $ 3Billion untuk 6 unit kapal ni, so aku anggarkan seunit kapal ni lebih kurang RM1.6billion, mengikut sumber dari internet, so untuk 2 unit yg TLDM beli tu berjumlah RM3billion la, woww kaya aku...hehehehe 
Syabas aku kepada kerajaan kerana sanggup melaburkn pendapatan negara untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan negara, tp macam biasalah kita org Malaysia ni sentiasa ada pandangan serong dan negatif terhadap pencapaian negara atau tindakan kerajaan, ada yang kata submarine ni tak bagus dan jauh ketinggalan la pastu ada gak yang kata kerajaan membazir duit cukai yang rakyat bayar dengan membeli 2 unit submarine ni. 
Bagi aku, lebih baik ada submarine yg ketinggalan dari takde langsung tp sebenarnya Scorpène merupakan anatara submarine kelas pertengahan yang latest dan hasil binaan usahasama syarikat dari France dan Spain. Pembelian 2 unit submarine ini juga bukanlah satu pembaziran tetapi suatu aset untuk pertahanan negara bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara yang tidak ternilai.

Click image to enlarge

Wednesday, August 19, 2009

Luahan pendapat... Politik??


Skali lagi negara hangat memperkatakan tentang Tok Guru Nik Aziz mengenai kenyataan beliau terhadap ahli UMNO, adalah tidak betul dan tidak mungkin jika tok guru membuat kenyataan seperti itu sedangkan beliau seorg yg arif tentang hukum menjatuhkan hukum. Mungkin juga berlaku salah faham terhadap ayat yang digunakan mungkin kerana kiasannya yang dalam atau susunan ayat slanga Kelantan yang kadang2 susah difahami oleh org luar, dan ada juga yang mengatakan bahawa akhbar terbabit telah memutarbelitkan kenyataan tok guru. Jika salah satu atau ketiga-tiga tekaan diatas adalah benar maka pihak akhbar terbabit harus dan sepatutnya meminta maaf kepada tok guru kerana ini boleh menjatuhkan maruah dan martabat beliau sebagai seorg yang berilmu dalam agama.

Aku yang sememangnya tak suka kalau hal agama cuba di politikkan walaupun dalam agama itu sendiri ada politik. Bagi aku hal ehwal agama telah ditetapkan dan termaktub dalam Al-Quran, Hadith dan Sunnah, manakala politik adalah satu perkara yg berubah2 dan mengikut peredaran masa. Berpolitik untuk menegakkan agama adalah dialu2kan tapi jangan dipergunakan agama untuk kepentingan politik.

Aku cukup tidak suka dan sakit hati, lebih2 lagi kalau agama dipolitikkan untuk kepentingan diri atau parti... jangan gunakan agama untuk menegakkan benang yang basah... kalau rakan2 politik buat salah haruslah ditegur dan bukannya di pertahankan perbuatannya... jangan hanya tahu melihat salah pihak lawan... kadang2 perlu juga mengaku bahawa rakan seperjuangan atau diri sendiri membuat salah... manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan... perbetulkanlah... kepada BN & PKR.

Bagi pendapat aku adalah sangat mencabar bila tokoh agama cuba melibatkan diri dalam politik, kenape? wow bnyk sebab.... teringat kata2 pensyarah di universiti dulu:-
"Politics is full of shit... ibarat lubang najis"....
so ada pulak seorang kawan yang cakap, "sebab itulah seorg yg pandai(tokoh agama) perlu turun untuk membersihkan tempat tu...." 
then the lecturer said "Walau sepandai mana org itu, semestinya najis akan terpalit pada badan atau paling tidak bau busuk najis tetap akan melekat di badan"....

faham tak maksud kata2 ni? kalo ada yg tak paham sila tanya...

Amatlah dihormati kalo seorg tokoh politik memberi ceramah semasa berkempen hanya membentangkan manifesto dan perancangan serta menjelaskn apa yang di perjuangkan oleh mereka tanpa ada kutuk-mengutuk pihak lawan, mengaibkan pihak lawan serta mencari kesalahan pihak lawan.... Kalau boleh, org yg hanya tahu bercakap pasal keburukan pihak lawan ini dilupakan terus undi mereka.... Wahai bakal2 wakil rakyat dan wakil2 rakyat sekalian.... berhujahlah tentang diri anda, perjuangan anda dan perancangan yang anda akan lakukan selepas menang pilihanraya... tidak perlu bercakap pasal org lain sebab anda pun bukan nya kenal sangat org lain tu...

Sunday, August 16, 2009

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri, Sarawak.

Tetiba colleague aku pass memo kat aku... waaa nama aku aku sangkut kene pegi team building la pulak, adoi sure letih n boring, pada pikiran aku memulanya...so aku plan nak bwk camera n bleh la jugak aku snap2 gambar lam hutan, bukan selalu dpt masuk hutan...hehehe
  
(Click to enlarge the image)
Aktiviti hari pertama abis kul 3.30ptg so ada la jugak masa lebih skit b4 makan malam kul 6.30... jadi kitorg plan pg waterfall yeaa... at 1st aku tak plan nak mandi, just nak amik gambar so aku bawak la beg camera dengan tripod jer.... tp bila dah tgk diorg yg lain mandi rasa rugi la plak kalo tak join heheh... apa lagi... terjun jer la.... **(Gambar atas tu aku amik pakai tripod dengan shutter speed 8sec., takde edit just crop and resize jer)

Thursday, August 6, 2009

2 MAMAT, 2 KAWASAN, 1BADAN & 1 KEPALA

Skang ni hangat plak cerita 2 org mamat yang cuba memperlekehkan agama rasmi negara... sorang ni dikatakan telah mngeluarkan kenyataan mengatakan syariah Islam sebagai ekstremisme dan yang sorang lagi plak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang pihak berkuasa tempatan untuk merampas minuman keras dan menyatakan bahawa bir adalah bukan minuman keras....

aku pun tak tau apa nak jadi.... dengar kata wakil sebuah parti dah hantar memorandum kat mamat2 ni, tp taktau la sejauh mana wakil2 ni nak bertindak... Perkhabaran dari DSAI takde plak aku dgr, NO KOMEN jer la kot dia ni...

Entahlah kadang² api perjuangan mengecil bila melibatkan org terdekat... walaupun isu adalah serius dan baru, isu baru jgn dibiarkan nanti menjadi kebiasaan... Ingatlah perjuangan utama utk menegakkan apa...

Saturday, August 1, 2009

GMI & PERHIMPUNAN HARAM JADAH!!! TINDAKAN BODOH!!!

BODOH.... itulah yang aku boleh cakap.... celaka aku ucapkan kepada penganjur perhimpunan tu... kenapa perlu gunakn perhimpunan jalanan sebagai jalan perundingan??? Apakah diorang ni tak reti bahasa atau bodoh terlampau?? PM dah tegaskan yang kerajaan sekarang dalam proses mengkaji semula ISA... tak reti ke korang nak sabar? tunggu... Jangan diikut sangat perangai anwar ibrahim yang suka main kat tengah jalan ni..... tak habis2 dari dulu sampai sekarang asyik nak buat hal kat tengah jalan jer... sblm masuk ISA tahun 1998 dulu pun dia duk buat kacau kat tengah jalan jugak.... bila dia dah bebas dari ISA makin menjadi2 plak perangai main kat tengah jalan ni...  Aku harap pihak berkuasa akan lebih tegas dlm menanggani manusia2 yang suka duk buat kacau kat tengah jalan ni.... diorang dah naik lemak... skit2 jer nak buat kecoh kat tengah jalan... BODOH orang lain yang nak cari makan kat jalan2 tu pun tak bleh...tpaksa tutup kedai takut berlaku kekecohan... mlm ni yang pasti seluruh dunia akan tengok berita yang negara kita ada buat perhimpunan haram... satu imej yang buruk pada mata dunia,,, kerajaan punya la susah payah duk usaha supaya negara kita ni di pandang sebagai sebuah negara yang aman damai... tapi si malaun2 yang konon nya nak bela nasib rakyat ni la yang duk buat taik dan membusukkan nama negara..CELAKA...


Kalau kita fikir secara mendalam, berapa ramai anggota parti pembangkang yang ditahan di bawah ISA. Adakah tahanan ISA diseksa atau didera fizikal? Jangan kita fikir, ISA itu semuanya buruk. Sebenarnya dengan adanya ISA, negara kita dapat dijaga keselamatannya daripada pencerobohan, pengacau, pengkhianat dan penjenayah. Kalau dah takut sangat dengan ISA jangan la duk buat hal yang menyalahi undang2...  kalo ko ikut undang2 aku gerenti ko takkan masuk ISA punya... 

Penganjur2 perhimpunan haram tu semesti nya bangga kerana dapat mempengaruhi org ramai untuk join diorang tadi... bangga la korang sebab dapat merosakkan nama baik negara.... Celaka lah korang... sial... ya betul aku sumpah korang... bila kena tahan masuk lokap korang cakap kerajaan & polis zalim... tapi korang sedar tak?? penganjur perhimpunan haram jadah ni la yang sebnarnya zalim menyebabkan korang kena tahan dan menutup periuk nasi org yang duk cari makan kat jalan2 yg tempat korang berhimpun tu.... 

Kalo beginilah cara pihak pembangkang nak menanggani masalah dan melakukan perubahan, mmg tak layak lah korang nak pimpin negara...  Udah2 lah dengan politik korang tu... cuba la bg kerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan negara pulak bukannya meruntuhkan negara...

Kementerian Dalam Negeri dan polis kena tegas. Pedulikan kritikan dan cercaan pihak tertentu asalkan pihak berkuasa dapat mengutamakan ketenteraman awam. Utamakan rakyat majoriti. Perhimpunan haram ni sbnrnya strategi pihak pembangkang yang cuba mengalih perhatian rakyat daripada kemelut yang sedang mereka hadapi.

Photo di cilok dari MalaysiaKini

MiriBloggers #Soft Opening – Sushi King

Last month aku dapat msg dari pihak marketing Sushi King nak invite bloggers dari MiriBloggers untuk soft-opening outlet baru diorg kat Miri ni... Ini sudah bagus, sebab ini dah kira pengiktirafan buat MiriBloggers yg aku usahakn selama ni... Diorg mintak aku pilih 2 org members termasuk aku mewakili MiriBloggers untuk jadi guest as bloggers.
2 org member yang dipilih adalah Mr. BangSaTTkardioVaskular @ http://psycosidealogika.blogspot.com/ and Mr. Faizal Huio @ http://www.faizalhuio.com... aku yg sepatutnya pegi tp hampeh btul coz last minit aku tak dpt nak pegi, atas sebab2 urusan kerja yg tak dapek nak d elakkan... so tempat aku diwakilkan pada sorg lagi member MiriBloggers, Ras Mhd @ http://picuclix.com.

So melepas lah aku 2 perkara.... 1#. Makan free kat Sushi King yg dibelanja oleh Sushi King sendiri... 2#. Terlepas aktiviti pertama MiriBloggers...

Kalo korang nak baca review pasal event n Sushi King bleh la pegi lepak kat blog members yang pegi event tu, click jer link nama diorg tu... k.

Click image to enlarge.
#Photo oleh Ras Mhd & Fakhrain

Tuesday, July 21, 2009

Suatu petang di Miri Esplanade..


Hari sabtu lepas bwk family pegi lepak2 kat esplanade sambil makan2 satay n sosej bakar dengan air kelapa... Macam biasa la esplanade mmg menjadi tumpuan warga Miri untuk berehat dan bersantai di hujung minggu... mcm2 telatah org yang tgh bsantai kat situ, ada yang hanya duduk merenung pantai, ada yang duduk sambil makan dan ketawa bersama family/kawan2, ada gak yang beromantikus bersama pasangan kekasih sambil berpimpin tangan kat tepi pantai... bila tengok betapa aman nya kehidupan kat sini baru rasa sedar dan bersyukur kerana dilahirkan di dalam negara yang aman dan makmur sampai semua org bebas untuk bgelak ketawa, bersantai berkelah dan bergembira.


Ni pulak gambar anak2 aku untuk kali pertama diorang dapat pegang dan bermain pasir tanpa larangan... Seronok sakan diorang bleh main n buat bukit2 dengan pasir..

 

Sebelum balik sempat la aku amik shot kegemaran aku "Sunset".. pemandangan yang paling indah walau dilihat dari mana2 tempat skalipun... aku nak jadikan sunset sebagai koleksi photo aku dan aku harap dapat amik gambar sunset kat tempat2 yang blum pernah aku pergi.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails