Saturday, April 11, 2009

Komen dah jadi Entry...

(Entry ni sebenarnya adalah reply kepada komen untuk entry aku yg sebelum ni, tp aku jadikan sebagai entry baru sebab dah terlampau panjang plak komen aku..)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Selamat datang saudara Husaini, aku pun setuju dengan pendapat entry saiful tu, dia membandingkan ayat bible & Al-Quran untuk membuktikan kedua2 agama menuntuk perkara yang sama tentang itu, tp aku faham tujuan saiful membandingkan tu bukan untuk kepentingan dia... tu pasal aku cakap aku tak kesah kalo tujuan dia untuk kearah ilmiah, tapi secara terang2 kita dapat lihat perkara ini berlaku di pentas politik semasa dalam proses memikat hati para pengundi... dan tujuan ceramah diadakan juga adalah untuk menarik para pengundi dan bukan nya berlaku dalam forum2 agama atau majlis ilmu... benda ni  berlaku semasa kempen pilihanraya... bukan kerana dia party DAP, even kalo dia dari MCA or MIC skalipun aku akan membantah...

Aku takkan terasa kalo orang yang sama membaca ayat yang sama dalam majlis yg tidak terarah kepada politik... dengan kata lain... aku tak suka ORG LUAR guna agama aku untuk politik diorg...

Kadang2 kita akan tertutup terhadap benda yang kita dah sokong atau taksub, sampai kita sanggup berbermasam muka dengan orang sendiri untuk membela benda2 mcm ni...

Itu pasal la org cakap politik ni busuk, kalo kita terlampau taksub... tengok jer la apa yang berlaku kat Palestine... antara Hamas & Fatah.. yang masih ingin menegakkan pendirian politik masing2 sedangkan rakyat sedang merana, apa salah nya kalo dilupakan sekejap tentang fahaman politik tu... bela nasib rakyat yang kena serang dan kena bunuh oleh org2 israel laknat tu... kerana politik diorg negara jadi lemah dan senang2 jer org israel tu amik kesempatan serang negara dan rampas tanah diorg...

Aku ni pun sokong gak dgn Tok Guru sebab aku ni pun org Islam n aku ni org Kelantan, n aku pun sokong gak BN sebab pembangunan yang dah dibangunkan... tapi kalo ada apa yang aku rasa tak betul dengan mana2 pihak aku akan luahkan, aku taknak bersetongkol menyokong perkara yang aku tak suka...

3 comments:

husainibrahim.wordpress.com said...

Oklah, kita pilih untuk bersetuju pada beberapa perkara:
1)Orang kafir boleh membaca al-Quran
2)Kita tak bantah Tok Guru menyokong Nga Kor Ming baca Quran di depan orang ramai
3)Kita bantah sapa-sapa permainkan Al-Quran

Adapun, yang kita sama-sama tak sepakat, kita sama-samalah berlapang dada, aku ada manhaj aku, kau dengan manhaj ko...tak perlu kita mengkritik satu sama lain, sekian term kash.

Jeff Syiru said...

percanggahan pendapat memang perkara biasa, sebab setiap individu mempunyai pemikiran dan melihat perkara dari perspektif yg tersendiri.

aku tak salahkn ko sebab mempunyai pemikiran yang berbeza dari aku, itulah indahnya mempunyai hidup yang bebas, kita bleh ada idea dan pemkiran kita sendiri.

Jeff Syiru said...

percanggahan pendapat memang perkara biasa, sebab setiap individu mempunyai pemikiran dan melihat perkara dari perspektif yg tersendiri.

aku tak salahkn ko sebab mempunyai pemikiran yang berbeza dari aku, itulah indahnya mempunyai hidup yang bebas, kita bleh ada idea dan pemkiran kita sendiri.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails