Tuesday, July 21, 2009

Suatu petang di Miri Esplanade..


Hari sabtu lepas bwk family pegi lepak2 kat esplanade sambil makan2 satay n sosej bakar dengan air kelapa... Macam biasa la esplanade mmg menjadi tumpuan warga Miri untuk berehat dan bersantai di hujung minggu... mcm2 telatah org yang tgh bsantai kat situ, ada yang hanya duduk merenung pantai, ada yang duduk sambil makan dan ketawa bersama family/kawan2, ada gak yang beromantikus bersama pasangan kekasih sambil berpimpin tangan kat tepi pantai... bila tengok betapa aman nya kehidupan kat sini baru rasa sedar dan bersyukur kerana dilahirkan di dalam negara yang aman dan makmur sampai semua org bebas untuk bgelak ketawa, bersantai berkelah dan bergembira.


Ni pulak gambar anak2 aku untuk kali pertama diorang dapat pegang dan bermain pasir tanpa larangan... Seronok sakan diorang bleh main n buat bukit2 dengan pasir..

 

Sebelum balik sempat la aku amik shot kegemaran aku "Sunset".. pemandangan yang paling indah walau dilihat dari mana2 tempat skalipun... aku nak jadikan sunset sebagai koleksi photo aku dan aku harap dapat amik gambar sunset kat tempat2 yang blum pernah aku pergi.

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails