Wednesday, August 19, 2009

Luahan pendapat... Politik??


Skali lagi negara hangat memperkatakan tentang Tok Guru Nik Aziz mengenai kenyataan beliau terhadap ahli UMNO, adalah tidak betul dan tidak mungkin jika tok guru membuat kenyataan seperti itu sedangkan beliau seorg yg arif tentang hukum menjatuhkan hukum. Mungkin juga berlaku salah faham terhadap ayat yang digunakan mungkin kerana kiasannya yang dalam atau susunan ayat slanga Kelantan yang kadang2 susah difahami oleh org luar, dan ada juga yang mengatakan bahawa akhbar terbabit telah memutarbelitkan kenyataan tok guru. Jika salah satu atau ketiga-tiga tekaan diatas adalah benar maka pihak akhbar terbabit harus dan sepatutnya meminta maaf kepada tok guru kerana ini boleh menjatuhkan maruah dan martabat beliau sebagai seorg yang berilmu dalam agama.

Aku yang sememangnya tak suka kalau hal agama cuba di politikkan walaupun dalam agama itu sendiri ada politik. Bagi aku hal ehwal agama telah ditetapkan dan termaktub dalam Al-Quran, Hadith dan Sunnah, manakala politik adalah satu perkara yg berubah2 dan mengikut peredaran masa. Berpolitik untuk menegakkan agama adalah dialu2kan tapi jangan dipergunakan agama untuk kepentingan politik.

Aku cukup tidak suka dan sakit hati, lebih2 lagi kalau agama dipolitikkan untuk kepentingan diri atau parti... jangan gunakan agama untuk menegakkan benang yang basah... kalau rakan2 politik buat salah haruslah ditegur dan bukannya di pertahankan perbuatannya... jangan hanya tahu melihat salah pihak lawan... kadang2 perlu juga mengaku bahawa rakan seperjuangan atau diri sendiri membuat salah... manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan... perbetulkanlah... kepada BN & PKR.

Bagi pendapat aku adalah sangat mencabar bila tokoh agama cuba melibatkan diri dalam politik, kenape? wow bnyk sebab.... teringat kata2 pensyarah di universiti dulu:-
"Politics is full of shit... ibarat lubang najis"....
so ada pulak seorang kawan yang cakap, "sebab itulah seorg yg pandai(tokoh agama) perlu turun untuk membersihkan tempat tu...." 
then the lecturer said "Walau sepandai mana org itu, semestinya najis akan terpalit pada badan atau paling tidak bau busuk najis tetap akan melekat di badan"....

faham tak maksud kata2 ni? kalo ada yg tak paham sila tanya...

Amatlah dihormati kalo seorg tokoh politik memberi ceramah semasa berkempen hanya membentangkan manifesto dan perancangan serta menjelaskn apa yang di perjuangkan oleh mereka tanpa ada kutuk-mengutuk pihak lawan, mengaibkan pihak lawan serta mencari kesalahan pihak lawan.... Kalau boleh, org yg hanya tahu bercakap pasal keburukan pihak lawan ini dilupakan terus undi mereka.... Wahai bakal2 wakil rakyat dan wakil2 rakyat sekalian.... berhujahlah tentang diri anda, perjuangan anda dan perancangan yang anda akan lakukan selepas menang pilihanraya... tidak perlu bercakap pasal org lain sebab anda pun bukan nya kenal sangat org lain tu...

3 comments:

Unknown said...

benci la ngn politik sekarang. .
sesama melayu nak bertelingkah. .

bukan melayu semakin berani. .

malaysia x akan aman selagi melayu tak bersatu hati. . .

Anonymous said...

1) sebenarnya melayu bersatu hati... (nota: kita tak lihat apabila dua melayu berjumpa langsung bertumbuk...)
2) yg selalu menjadi pertelingkahan adalah... pada orang yg mempunyai eksekutif decision... (maksudnya: kenapa sesuatu tuh sentiasa betul pada orang tertentu dan sesuatu yg sama sentiasa salah pada orang yang tertentu...)
3) dan pada keadaan yg chaotic, sentiasa ada system yg berjalan,.. dan satu sistem baru akan terbentuk... yg akan lebih dominan... dan cycle akan berulang.....

Hasri bin Hasfa said...

1) sebenarnya melayu bersatu hati... (nota: kita tak lihat apabila dua melayu berjumpa langsung bertumbuk...)
2) yg selalu menjadi pertelingkahan adalah... pada orang yg mempunyai eksekutif decision... (maksudnya: kenapa sesuatu tuh sentiasa betul pada orang tertentu dan sesuatu yg sama sentiasa salah pada orang yang tertentu...)
3) dan pada keadaan yg chaotic, sentiasa ada system yg berjalan,.. dan satu sistem baru akan terbentuk... yg akan lebih dominan... dan cycle akan berulang.....

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails