Saturday, March 6, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1


Projek Khas yang penuh glamor untuk blogger skali lagi menemui kita pada tahun ini iaitu Project Alpha Seasson 2. Sudah tentu tak akan aku lepaskan untuk menonton siaran khas untuk blogger ini.

Tahun lepas Project Alpha Season 1 telah menampilkan 7 orang blogger terpilih dari Malaysia dalam rancangan yang bersiaran di kaca TV, 7 blogger yang telah terpilih adalah sixthseal.com, beautifulnara.com, nicolekiss.blogspot.com, budiey.com, redmummy.com, fourfeetnine.com & kennysia.com dan rancangan ini juga telah di kelolakan oleh host jelita JOJO STRUYS.

Jojo Struys

Rancangan yang dibawakan khas untuk kita geng-geng blogger tak kira begginner atau dah otai, dipersembahkan oleh syarikat pakaian dan peralatan sukan terunggul dan terbaru produk penjagaan diri yang glemor dengan 3jalur iaitu ADIDAS Action3, malah turut juga mandapat tajaan dari P1 dan juga MAS yang menampilkan buat pertama kalinya rancangan mengenai kehidupan sebenar blogger.


So tahun ini kita berpeluang lagi untuk kenal dengan lebih dekat 7org lagi blogger yang famous di kalangan blogger tempatan dan asia. Antara yang akan mengisi ruang pada tahun ini adalah Niki Cheong yang akan menemuramah secara exklusif Xiaxue(cute giler) yang merupakan blogger paling berpengaruh di Asia.


Klubbkidd pula akan membuat liputan mengenai audition rancangan realiti akademi fantasia.


Antara lain juga dibawakan Ninie Ahmad yang berkemampuan untuk mencium tapak kakinya sendiri kerana dia seorang instrator Yoga yang terkenal.


Azwan Ali... Azwan Ali??? Tak perlu nak diceritakan lagi sebab semua orang pun tahu siapa Azwan Ali.


KYspeaks yang mengelola blog tentang makanan yang di jamu setiap hari.


ShaolinTiger - rakyat UK yang menetap di Kuala Lumpur dan sangat berminat dalam photography dan merupakan pemilik bersama sebuah forum yang amat dihormati iaitu Security-Forums, beliau juga di khabarkan akan membuat sessi photography untuk pengacara rancangan yang jelita JOJO STRUYS.


Cheeseland - blogger yang bnyk memaparkan tentang pengalaman nya melancong ke seluruh dunia dan juga mengenai fesyen dan pelbagai cerita menarik mengenai dirinya sendiri yang cute itu.

Project Alpha Seasson 2 ini juga akan mengumpulkan semua blogger dari seasson lepas untuk digandingkan bersama 7 blogger bagi sesi ini, mereka akan digandingkan bersama di Kota Bandaraya Kuching, Sarawak.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton siaran yang akan disiarkan pada 19 April 2010, diharap rancangan ini nanti akan menyuntik lagi semangat kita semua untuk terus berblogging dan menjadi blogger yang lebih berkualiti di masa hadapan.

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails