Tuesday, March 16, 2010

David Beckham Injured Achilles' Tendon - Kesiann...

Adoi sadis betul bila baca pasal hero bola sepak kegilaan ramai si David Beckham yang injured Achilles tendon.

achilles3illussaturated-3.png
http://www.achillestendon.com/

Gambar kat atas tu ada tunjukkan mana tempat dia injured... ia adalah tissue yang menyambungkan tumit dengan muscle kaki... dengar khabar kecederaan Beckham ni serius jugak dan dia dikhabarkan tak boleh nak main untuk piala dunia nanti... Beckham yang menjadi pemain tengah pasukan Galaxy itu dikatakan akan mengambil masa 4 bulan untuk dia dapat berlari semula dan tetapi untuk bermain semula dia memerlukan paling kurang 6 bulan masa rehat untuk pulih, mengikut kata Dr. Sakari Orava "Beckham had totally torn the tendon", aku dengar pun dah dapat rasa sakitnya.



Beckham mengalami kecederaan semasa perlawan antara AC Milan menentang Chievo, Beckham yang dipinjamkan kepada AC Milan untuk perlawanan tu telah diterbangkan dengan jet peribadi untuk prosedur pembedahannya di finland. Sampai jer kat sana, dah ramai peminat dia yang duk tunggu nak sambut dia... mmg glamer abis la mamat ni.

World Cup yang bermula pada 11 June ni di South Africa akan kekurangan seorang star la nampak gayanya. Bila soalan diajukan kepada Fabio Capello iaitu jurulatih pasukan England dia kata kecederaan tu merupakan sesuatu tamparan yang hebat kepada Beckham... tp dalam hati aku rasa dia tahu yang tamparan hebat tu sebenarnya untuk pasukan England juga yang merupakan antara pasukan feveret untuk Piala Dunia.

Sebenarnya aku ada gak cari dalam YouTube untuk detik Beckham injured tu tapi semua video dah kena copyright n kalo nak tengok gak tpaksa la bayar... so kat bawah ni aku letakkan gambar² dia jer la k...



Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

shafiq08 said...

kesian beckham munhkin x dpt pergi world cup.. get well soon becks !


http://belogbagus.blogspot.com/

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails