Tuesday, March 23, 2010

DIY Flash Bouncer - 3 Different Design

Alhamdulillah murah rezeki bulan ni dapat 1job utk event corporate dinner. Event yang berlangsung selama 4jam ni aku plan nak bawak 3org assistant photographer.. 1-official & 2 lagi tu volunteer photographer.. so campur dgn aku akan ada 4org photographer untuk cover event tu... dah plan pembahagian tugas untuk setiap photog... 1 photog akan focus dgn red carpet, 1 photog for stage show, 1 photog for guest candid shot and 1 lagi untuk bebas...

Oleh kerana event ni berlangsung kat dalam ballroom yang mempunyai siling yang agak tinggi so aku tgh terpikir2 nak DIY flash bounce sendiri... Kat bawah ni design pertama yg aku tgh consider untuk pilih... nampak mcm cun n style... sumber dari chrisgarretttadi dah try buat replica dgn kertas A4 biasa... rasa2 mcm ok la n berfungsi dgn baik sekali cukup untuk cover lighting dalam ballroom tu nanti...

So kat bawah ni gambar dia punya design flash bounce ni... sesapa nak cuba pun boleh.. material yang digunakan adalah eva white foam paper... senang dibentuk dan elastik tambahan pula material ni susah nak berkedut & flexible.



 Ini pulak another design yang aku terpikir2 rasa macam nak buat.... size nya lebih besar dan design nya pun simple... sumber design ni dari super.nova.org, belum try lagi yang ni tapi aku rasa output nya nanti akan memberikan cahaya yang lembut pada object..


 Sesiapa yang nak cuba design ni boleh la ikut dia punya guide kat bawah tu... size bleh ikut keperluan masing2 dan selera anda la...


Ni pulak design yang nampak agak keras dan material yang digunakan juga adalah kertas putih yang keras. dengan design yang petak2 mcm ni rupa dia nampak lebih kayu hahaahha.... tapi aku rasa yang ni bagus untuk mendapatkan cahaya yang lebih keras dan bnyk, bagi shooting indoor yang cahayanya agak kurang.

 Design ni aku dapat dari diyphotography.net yang mmg banyak memberikan idea kepada sesiapa yang suka DIY accessories untuk photography...

Aku harap pada malam event tu nanti akan berjalan dengan lancar dan semua peralatan dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah... harap2 battery flash yang aku beli semalam tu cukup untuk cover event malam tu nanti...
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

kak ina kl said...

salam dik..memanglah akak tak faham benda ni semua..baca ajerlah yer..

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails