Saturday, January 30, 2010

Wednesday, January 27, 2010

After the game...


After the game..., originally uploaded by Jeff Syiru.

Testing Flickr blog.... saja nak tengok mcmana output kalau posting blog straight dari flickr... so ni la hasilnya... hmm nampak gaya btambah senang la aku nak blogging pasal gambar yg aku upload dalam flickr....

OK, gambar atas tu adalah gambar team bola LegaLego yang bleh tahan popular di kalangan peminat bola tempatan Miri, shot ni aku snap lepas diorg abis final utk Piala Merdeka 2009 Miri... LegaLego dapat tempat 1st & team dari Bintulu 1st runner-up...


Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Monday, January 25, 2010

Pen & Dakwat




Dimana ada pen, di situ ada dakwat...
Pen tanpa dakwat ibarat handpon takda battery...
Dakwat tanpa pen pulak ibarat ada blog tp takde idea nak tulis....

Kesimpulannya...
Malam nanti nak kena pegi Popular book store utk beli ink pen aku yg dah abis ni....

Thursday, January 14, 2010

Aku Juga Membantah....


Keindahan senja ciptaan Nya.


Kejadian gereja dibakar baru² ni adalah sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yg berbilang bangsa dan agama, walaupun aku membantah dalam isu asal tetapi aku juga membantah cara atau perlakuan yg tidak menghormati agama lain, dalam Islam sendiri tidak pernah mengajar pengikutnya menghina agama lain.

Pada dasarnya, isu ini tidak sepatutnya timbul kerana ia telah dipersetujui dan ditetapkan serta diamalkan dan dipraktikkan dari dulu lagi... mengapa perlu menimbulkan perkara yg boleh mengeruhkan hubungan sesama rakyat?

Harap² isu ini dapatlah ditamatkan dgn segera tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini...

Wednesday, January 6, 2010

Aku Bantah!

Isu hangat skrng ni pasal penggunaan kalimah Allah yang ingin digunakn oleh pihak bukan Islam di Malaysia... Hairan kenapa benda mcm ni boleh timbul sedangkan ia adalah satu isu yg teramatlah sensitif dan sebelum ni tak pernah terbangkit pun isu ini dari mulut sesiapa secara lantang...


Dato' Harussani pernah keluarkan kenyataan membantah perkara ini, tapi timbul suara2 yg mengatakan ia adalah pendapat berbaur politik pro-kerajaan... Ini bukanlah soal politik seperti yg Nuar Brahim post dalam blog dia konon nya pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini... wahai Nuar, kalau tak jaguh2 ini yang membela siapa lagi?? kamu bukannya mahu mempertahankan pun kalau isu yg boleh merosakkan populariti kamu... kalau isu yg boleh menaikkan populariti barulah kamu bising bagai ayam bertelur riuh sekampung...


Lepas tu pulak Tuan Guru Besar PAS plak keluar kenyataan yg tidak membantah atas isu ini tetapi sekali lagi kenyataan dibuat bagi membetulkan pendirian awal dan menolak usul ini... aku tak hairan pun, sebab mmg selalu sgt MahaGuru PAS ni bertukar2 kenyataan dan pendapat...


Sekarang ni plak Dato' Harun Din juga menambah keyakinan untuk menolak dan membantah usul ini dan menyatakan bahawa adalah kufur bagi sesiapa yang menyokong pengunaan kalimah ini oleh bukan Islam...


Diharap perkara ini tidaklah di panjangkan, dan kekalkan keadaan sebelum ini yang sudah diamalkan dalam keadaan yg aman... jangan kerana perkara ini keamanan negara tergugat...


Kenapa perkara ini bangkit?
Faktor kerajaan kah? atau pembangkang kah? atau bayang2 asing yang sentiasa mencari jalan menjatuhkan dan mengugat keamanan negara?


Siapa yang menyokong? dan siapa yang membantah? siapa yang akan menjaga kepentingan agama dan bangsa kita ini??


-apa kata kerajaan?


-apa kata pembangkang?


-apa kata PM?


-apa kata TPM?


-apa kata Nuar Brahim? (So far dlm blog dia ada kenyataan dari BIPPA PKR dan ISNA, play safe taknak kuarkn kenyataan sendiri ke?)


-apa kata Nik Aziz? (dia sudah kata, dia tolak)


-apa kata Hj Hadi?


-apa kata Lim Kit Siang?


-apa kata Karpal Singh?


-apa kata Tokoh2 agama parti PAS?


-apa kata Pemuda Umno?

Monday, January 4, 2010

Firework...

Ni lah photo bunga api yg aku sempat snap mlm new year lepas... aku ingatkn ada sambutan n bunga api kat CityFan Miri, tp malang nya tak nampak pun.... taktau la ada bunga api or not, sb aku bdiri kat depan jalan umah aku jer.... heehhehehe

Tp nasib baik la ada jiran yang main bunga api kat area umah aku, so dpt lah aku snap bagi melepas kempunan nak amik foto bunga api...



Jadi lah dari takde langsung.... hehhehehe tunggu Chinese New Year sure bnyk org main bunga api yg besau2 nye...

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails