Thursday, July 9, 2009

PPSMI oh!! PPSMI


Petang tadi masa on da way nak amik Iman & Scha, aku dengar berita radio sambil bawak keta..... PPSMI yang di buat sejak 2003 telah d mansuhkan pada 2012 kelak... Aku sebenarnya amat sokong PPSMI yang dilaksanakan tu, bukan apa, bila aku kenang balik zaman study dulu kat Kolej Matrik & Universiti...susah aku nak buat revision bila pengajar guna bahasa Melayu untuk ngajar sebabnya kebanyakan buku rujukan adalah terbitan bahasa Inggeris... sbg contoh masa kat Matrik dulu slalu buat ulangkaji subjek fizik kat library dan boleh dikatakan semua buku kat situ tulisan London daaa... Utk subjek kimia aku tak perasan la plak coz aku tak minat subjek tu n tak penah lak aku ulangkaji hehehehhe n masa sem 2 pun aku drop subjek tu....

Masa kat U pun aku ada masalah bahasa gak bila kena buat thesis utk subjek Math Statistic (gara2 failed paper sb otak blank dlm dewan exam lepas 3mlm tak tdo)... Bila belek buku suma dlm English dan aku jadi konpius dengan terms yg slalu aku guna dalam Bahasa kat kelas... So khidmat kamus terpaksa la aku gunakan... tapi ada jugak yg aku tak jumpa coz terjemahan dalam bahasa memang tak sama langsung....So guna jalan singkat aku copy jer bulat2 dari buku tu heheheheh... dengan harapan Lecturer aku Miss Loo Li Lan(Mendiang) tak check dengan detail isi laporan aku... n aku sure dia mmg tak baca secara detail thesis setebal 250pages mengenai sub-topic dlm tajuk yang aku dah lupa... gila ke kalo nak baca detail bleh pusing kepala otak woo... hahahhahaha

So bila PPSMI d perkenalkn dulu aku penah cakap kat kawan aku yang budak2 skolah skrang ni untung sebab bleh blaja dlm BI so nanti masuk U takde la nak penin kpala macam aku time tu.... tp..... skang ni dah dimansuhkan pulak.... hmmmm selamat kembali ke era aku dulu2 kepada suma pelajar yang bakal tak merasa PPSMI....

Aku tak paham la bila ramai yang bantah PPSMI dulu ni, dikatakan tak cintakan bahasa kebangsaan la... menyusahkan golongan yg tak pandai english la.... Bagi aku sebagai org Melayu walau bahasa apa skalipun yang aku guna untuk tujuan pembelajaran, Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa yang aku cintai... bagi golongan yg lemah english pulak aku rasa dengan penekanan bahasa dalam PPSMI ni sekurang2nya dapat bantu diorg lebih mendekati bahasa inggeris...dan berusaha membaiki english mereka supaya tidak ketinggalan dalam subjek sains & math... tak bermakna bila kita bnyk menggunakan bahasa inggeris lalu dikatakan bahawa kita masih dijajah dengan pemikiran penjajah tanah melayu dulu kala...

Harap keputusan yang dibuat kerajaan adalah tepat dan jangan lah semata2 keputusan selepas mendengar pekikan dan laungan pemprotest jalanan yg membawa sepanduk semata2... kalau nak dilayan semua kata2 rakyat maka akan selalulah polisi dan keputusan kerajaan perlu ditukar ganti... sebab pemikiran & pendapat setiap orang adalah berbeza...

4 comments:

Anonymous said...

Aku setuju dgn pendapat kau ya Jep. Aku pernah berkelakar ngan kazen aku pasal tok just a couple of weeks ago. Kazen ku ya cikgu, jd nya tauk lah setakat ne perlasanaan PPSMI ya. Katanya, sik berjaya sebab yalah Kerajaan revert bk. Entah lah... macam2 ... kelak mun tukar PM, TPM dan sewaktu dengannya, lain gik cita... Yalah aku malas .... sik pandei ku!

Jeff Syiru said...

Harap tokoh2 bahasa dan pejuang2 dan pencinta bahasa yang melaungkan pembubalan PPSMI ni dapat la bagi sumbangan dengan menterjemahkan buku2 rujukan subjek sains & math supaya anak bangsa dapat belajar dengan senang... Perjuangan anda belum selesai..pembubalan PPSMI bukan titik kemenangan perjuangan anda... sumbangkn lah kepakaran bahasa yg dimiliki untuk membantu pelajar dengan menterjemah buku2 rujukan...

Tepi Sungai Batu said...

Jeff,
Pak Man hormati pendapat Jeff yang ikhlas dan jujur ini.
Bukan senang nak memuaskan hati semua orang.
Teruskan menulis, luahkan saja apa yang terlintas di fikiran.

manlaksam said...

Jeff,
Pak Man hormati pendapat Jeff yang ikhlas dan jujur ini.
Bukan senang nak memuaskan hati semua orang.
Teruskan menulis, luahkan saja apa yang terlintas di fikiran.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails