Wednesday, January 6, 2010

Aku Bantah!

Isu hangat skrng ni pasal penggunaan kalimah Allah yang ingin digunakn oleh pihak bukan Islam di Malaysia... Hairan kenapa benda mcm ni boleh timbul sedangkan ia adalah satu isu yg teramatlah sensitif dan sebelum ni tak pernah terbangkit pun isu ini dari mulut sesiapa secara lantang...


Dato' Harussani pernah keluarkan kenyataan membantah perkara ini, tapi timbul suara2 yg mengatakan ia adalah pendapat berbaur politik pro-kerajaan... Ini bukanlah soal politik seperti yg Nuar Brahim post dalam blog dia konon nya pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini... wahai Nuar, kalau tak jaguh2 ini yang membela siapa lagi?? kamu bukannya mahu mempertahankan pun kalau isu yg boleh merosakkan populariti kamu... kalau isu yg boleh menaikkan populariti barulah kamu bising bagai ayam bertelur riuh sekampung...


Lepas tu pulak Tuan Guru Besar PAS plak keluar kenyataan yg tidak membantah atas isu ini tetapi sekali lagi kenyataan dibuat bagi membetulkan pendirian awal dan menolak usul ini... aku tak hairan pun, sebab mmg selalu sgt MahaGuru PAS ni bertukar2 kenyataan dan pendapat...


Sekarang ni plak Dato' Harun Din juga menambah keyakinan untuk menolak dan membantah usul ini dan menyatakan bahawa adalah kufur bagi sesiapa yang menyokong pengunaan kalimah ini oleh bukan Islam...


Diharap perkara ini tidaklah di panjangkan, dan kekalkan keadaan sebelum ini yang sudah diamalkan dalam keadaan yg aman... jangan kerana perkara ini keamanan negara tergugat...


Kenapa perkara ini bangkit?
Faktor kerajaan kah? atau pembangkang kah? atau bayang2 asing yang sentiasa mencari jalan menjatuhkan dan mengugat keamanan negara?


Siapa yang menyokong? dan siapa yang membantah? siapa yang akan menjaga kepentingan agama dan bangsa kita ini??


-apa kata kerajaan?


-apa kata pembangkang?


-apa kata PM?


-apa kata TPM?


-apa kata Nuar Brahim? (So far dlm blog dia ada kenyataan dari BIPPA PKR dan ISNA, play safe taknak kuarkn kenyataan sendiri ke?)


-apa kata Nik Aziz? (dia sudah kata, dia tolak)


-apa kata Hj Hadi?


-apa kata Lim Kit Siang?


-apa kata Karpal Singh?


-apa kata Tokoh2 agama parti PAS?


-apa kata Pemuda Umno?

3 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man pun bantah!

Pak Man laksam said...

Pak Man pun bantah!

Jeff Syiru said...

kita ni stakat boleh membantah jer pakman... Allah maha adil...

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails