Wednesday, May 5, 2010

Macam²...



Dah lama tak mengikuti perkembangan politik dan isu semasa dalam negara secara dekat... Skarang ni bila baca paper or tgk berita kat TV, dah macam² benda berlaku dalam negara... Ntah camana la otak PM kita nak fikirkan masalah² ni... aku yg hanya memikirkan perkara² dalam department dan kehidupan sendiri pun dah rasa mcm bnyk benda nak kena handle... apatah lagi sebagai seorg pemimpin negara yang memikirkan bukan hanya cara nak menyatupadukan rakyat saja tapi menjaga ekonomi negara, hubungan luar negara, kebajikan rakyat dan mcm2 lagi...

Antara isu² yang menarik minat aku skarang ni bila baca dalam paper or tgk berita, tak lain tak bukan isu liwat... Isu yang dah berkarat... tapi nak juga aku tertarikkan? Banyak komen yang bersetuju dan tak kurang jugak yg tak dengan tindakan DSAI membuat rayuan agar tuduhan meliwat itu di dibatalkan... bagi aku DSAI sepatutnya meneruskan saja pertuduhan tu dan sediakan bukti untuk membela diri kalau dia ada bukti... Sekarang ni pun penyokong DSAI ramai jugak yang berpaling tadah dan ramai juga yang dah tak pedulikan pasal isu ni... mungkin kepercayaan mereka sudah kabur.. seperti yang aku pernah katakan dulu, kenapa tak disahutkan saja cabaran supaya beliau melakukan sumpah sepertimana yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya tu... Bukannya berdosa kita melafazkan sumpah kalau dengan bersumpah itu boleh membersihkan nama baik sendiri..  Sekarang ni ramai juga yang berpandangan bahawa DSAI takut melakukan sumpah kerana takut di laknat dan termakan sumpah sendiri.. ahhh panjang plak jadinya bebelan aku ni... ok lah stop pasal LIWAT....

Isu kedua melibatkan Al-Sultan negeri tercinta tanah tumpah air ku... Al-Sultan Kelantan yang kita semua sedia maklum sedang gering dan memerlukan rawatan susulan di Singapore tapi pesawat yang d tempah khas untuk membawa baginda tak dibenarkan utk mendarat di airport Kota Bharu... Aku pun tak tau apa sebenarnya berlaku... Harap² kemelut dan isu dalaman Istana Kelantan dapat di selesaikan dengan segera dan secara baik..

Lagi adalah kisah yang baru2 ni keluar kat berita TV dan paper dan hangat gak kat blog²... pasal budak sekolah lelaki yang cuba nak bunuh diri, nak terjum dari tingkat 3 bangunan sekolah... ape ke jadah nye ni? budak² pun dah pandai nak bunuh diri ke?? adoii.... bnyk sangat terpengaruh dengan filem la ni.... Ya lah, budak² sekarang hidupnya lebih mencabar dan lebih banyak pendedahan dengan media² electronic yang hanya dihujung jari jer bleh dapat... kalau sesapa yang mudah terpengaruh dengan anasir2 ciptaan manusia ni nampak gayanya mmg rosak lah....

Tambah plak dengan kejadian seorang remaja kena tembak dengan anggota polis... hmmm ini pun susah nak dipikirkan jugak... kenapa sampai kena tembak?? adakah remaja ni melepaskan tembakan terlebih dahulu? atau mengancam nyawa anggota polis?? walau bagaimanapun perkara ini sedang disiasat dan harapnya perkara sebenar dapat di ketahui umum kelak.

Kisah hiburan plak skang ni org duk sibuk gak dengan Akademi Fantasia yang ke... ntah aku pun tak tau.. huhuhuh.... tp aku tak sibuk pun... tak amik pot langsung... konon macho la tak tengok AF takde nangis² hahahahha.... Drama kegemaran sekarang ni Adamaya yang mmg diminati ramai, kalo tengok dalam GengBlogger tu pun mmg ramai yang buat entry pasal cerita setiap kali satu episode tu abis... hmmmm aku pun tengok jugak hahahhaha.... jalan cerita mmg best la, lagi pun si Adam tu photographer so tu pasal la aku suka.... huhuhu masih jugak nak bagi alasan... hahahha biasa la mesti la nak jaga macho kn... kerana diriku begitu berharga.... hahahahha

Mesti ramai yg tertanya² apa kaitan gambar kat atas tu... jawapan nya... takde maknenye... sesuka hati jer nak letak... gambar Mr. B aka my fulltime model aku yang loyal bila aku takde subject utk d snap... hee :)

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails